Breaking

Thursday, January 31, 2013

Keadaan Terbaru Ariel Sharon Selepas Koma 7 Tahun.

Menyebut namanya saja sudah cukup untuk menaikkan kemarahan apatah lagi dendam lama belum terbalas. Jenayah perang yang dilakukannya semasa di bawah pemerintahannya terhadap orang-orang Islam khususnya di Palestin masih lagi 'segar' di ingatan kita.


Keadaan terkini:

Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar, mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.

Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.

Pasukan perubatan yang emmbuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindakbalas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.


Mereka bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa,

"Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memproses. Dia dengar apa yang dikatakan.

"Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan," kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion, i Beersheba, Dr. Alon Friedman.

Sharon berada di kemuncak politiknya pada awal 2006 apabila diserang angin ahmar yang melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.


Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada sesiapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.

Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.

Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas peaskit yang mengalami pendarahan otak. Ia jgua jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon.

Sumber:Berita Harian

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu
 mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu (wahi kebenaran), 
maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang 
dapat mengawal dan memberi pertolongan 
kepadamu.”     
                            
  (Surah al-Baqarah, ayat 120).







No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.