Breaking

Monday, February 04, 2013

Abon Kemalangan.

Abon

Mersing: Pelawak dan pelakon terkenal, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, sanggup meninggalkan kenderaannya yang terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau di sini dan menumpang kenderaan lain untuk ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke Mersing menghadiri majlis My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum kereta BMW dipandunya terbabas.
Kereta BMW milik Abon terbabas ketika melalui jalan licin.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal itu, sebaliknya beliau menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan.
Abon ketika ditemui berkata, dia enggan menghampakan ribuan peminat yang sedia menunggu di Dataran Pulau, Mersing menyebabkannya nekad meninggalkan keretanya di tempat kejadian.
“Saya baru selesai menghadiri majlis makan malam di Gambang malam semalam (kelmarin) sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi memenuhi undangan majlis ini.
“Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang,” katanya.-HM
P/S: Sentiasa berhati2 la yer memandu terutama di musim cuaca yang tidak menentu ni.

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.