Wednesday, February 20, 2013

Kakitangan Kerajaan Terima Kenaikan Gaji & Elaun Perumahan?

Assalamualaikum sumer!~

Betoi ka??? Hamboiii suker bebenor orang keje jaan (ikut slang Mira) kalu sebut pasai naik gaji ye hehehe. Memang aku berpendapat orang keje jaan ni terlampau 'dimanjakan' sangat  terutama dalam hal membabitkan gaji & elaun. Tapi, dah orang bagi...korang hambik la kan!hahahaha. Bak kata orang-orang tua, rezeki halal jangan ditolak musuh keparat jangan dicari!heeeee~


Menurut beberapa sumber dalaman, Datuk Seri Najib Razak akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

Fuh! makin loaded la orang keje jaan weh! Tambah yang tak duduk kaurters tu lagi masyukkkkkkk. Tapi, semakin naik gaji korang semakin besar kepala la orang meniaga. Konpem harga barang naik lagi pasni. Tapi, kalu gaji lum naik pun harga barang tetap naik. Tak cayer???? Baru tadi incik somi tepon aku, kata harga tayar motor continental minggu lepas RM95...tadi gi tanya kedai yg sama, tayar yang sama dah jadi RM100! Hambik ko...! Aku syak la diaorg ni naikkan harga tayar setiap minggu tau. Gerammmmmmm!

Bukan takat tayar jer, harga barang lain pun naik setiap minggu. terutama barang-barang kering @ teknikal. Tak cayer korang try tanya minggu ni, pastu korang pi balik kedai tu korang tanya semula...naik tak? Kalu tak naik maknanya dia peniaga yang baik, kalu naik maknanya dia ada potensi nak cekik duit ko wahahahaha!~

P/S: Dekat-dekat nak PRU ni, CUEPACS suke benor 'menekan'. Tekan lagi! Tekan lagi!(^_^)

5 comments:

  1. kehkehkeh... cuepecs mengambil peluang yg ada... bijak2... hahaha...

    ReplyDelete
  2. salam,

    haraplah bila gaji naik telefon kat jabatan dan pegawai di jabatan kerajaan tu dapat masuk kerja on time dan telefon tak dibiarkan tak berangkat je. ada tu 2.30 baru masuk opis sembahyang zohor, pukul 3 start keje, dah kena marah pun still mcm tu.. hoho.. salah satu sebab knp saya benci sgt dgn org kakitangan kerajaan ..haha

    semoga rezeki halal mampu melahirkan keluarga islamiah.. in sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      rezeki yang baik itu adalah rezeki yang diberkati Allah..insyaAllah (^_^)

      Delete
  3. wah iya ke tu, ok nak syukur sangat2

    ReplyDelete

Saya dah tulis...anda sambung di sini yek.