Breaking

Wednesday, July 31, 2013

Syria Care : Show We Care.

Assalamualaikum!~

Semua dah maklum tentang konflik yang sedang berlaku di Syria sekarang. Bagi yang mengambil inisiatif untuk mengetahui perkembangan sebenar di Syria, mereka pasti tahu pergolakan disana berpunca dari apa, siapa, bagaimana dan tujuannya.

Jika anda hanya mengambil peduli tentang apa yang berlaku di Syria hanya dengan menonton berita di tv dan mendengar di radio, maka kebanyakan dari anda pasti masih keliru dengan apa sebenarnya yang berlaku di sana. Maklumat yang diberi kadangkala tidak tepat, tidak up-to-date dan tidak menunjukkan realiti sebenar.




Melihat gambar-gambar anak kecil dan wanita yang menjadi mangsa rejim Syria yang ganas dan tidak berperikemanusiaan sangat memilukan. Terkadang Kenit memikirkan bagaimanakah nasib anak-anak kita dikemudian hari? Ya Allah...lindungilah anak-anak kami dan anak-anak Syria yang tidak berdosa.

Disebabkan ini, hati kecil Kenit terpanggil untuk membuat satu entri khas bagi memberikan bantuan sekadar termampu untuk membantu saudara-saudara kita di Syria yang dizalimi. Anda juga boleh turut sama membantu.

Caranya mudah....

Tunjukkan bahawa anda prihatin. Bagaimana caranya?

Disebabkan semua prasarana dan kemudahan seharian yang sangat sukar untuk didapati di sana (Syria) kebanyakan penduduk sunni Syria terutama anak-anak kecil dan orang-orang tua tidak mendapat bekalan makanan dan kemudahan secukupnya.

Kenit memohon agar andai ada sahabat-sahabat disini atau sesiapa yang membaca entri ini, mohon agar anda menghulurkan sumbangan sekadar yang anda mampu untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Ketahuilah sahabat, kehidupan mereka disana sangat terbatas. Kehidupan mereka diancam setiap masa. Dan, syahid menjadi pilihan mereka.

Namun, bagi anak-anak kecil dan orang-orang yang tidak berdaya mereka memerlukan bantuan kita tak kira kecil mahupun besar. 

Untuk makluman sahabat semua, Syria Care merupakan sebuah pertubuhan khas yang membantu rakyat Syria dari segi bantuan kewangan dan keperluan asas menampung keperluan hidup rakyat Syria disana.

Pihak Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti KEWANGAN dan KEPERLUAN  ASAS (spt makanan, ubatan dan pakaian). Bagi menghulurkan bantuan, anda boleh hubungi pihak Syria Care di:

Alamat : (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: SyriaCareBeliDanDerma@Gmail.com

Bantuan KEWANGAN bolehlah disalurkan melalui akaun bank:


Akaun Maybank: 562106630487



di bawah nama Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia


Sebarang info mengenai Syria Care atau perkembangan terkini di Syria, anda boleh ikuti di Facebook SyriaCare.

Bantuan anda amat dihargai, dan semoga bantuan yang anda berikan ini menjadi saksi anda di akhirat kelak dan semoga anda mendapat rahmat dan kebaikan dari Allah s.w.t. Berilah sumbangan walau sedikit.....

8 comments:

  1. Semoga bumi mereka akan kembali amn dan semoga malaysia akn dilindungi
    salam ukwah
    akak follow blog
    jemputla ke blog akak nanti
    http://sekuntumbungazara.blogspot.com
    time kcih..=)

    ReplyDelete
  2. semoga keadaan syiria kembali selamat..mesir juga begitu.

    ReplyDelete
  3. Smoga umat islam kt sana ttp tabah..Allah sntiasa bersama mu

    ReplyDelete
  4. selamat bersahur

    http://www.noormalashahar.com.my

    ReplyDelete
  5. sedih tengok keadaan yg meruncing di sana. semoga Allah permudahkan semuanya. Amin..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.