Seceria Air Tangan Ibu Bersama Planta

Member Sempoi

Friday, August 30, 2013

Blogger Jutawan Ditangkap Bersama Pelacur.

Assalamualaikum!~

Pihak berkuasa China telah menahan seorang mikroblogger terkenal Chinese-American, Charles Xue selepas terbabit dalam pelacuran baru-baru ini. Charles , 60, dan seorang wanita berusia 22 tahun bernama Zhang disyaki terlibat dalam pelacuran ditahan dalam satu serbuan oleh polis Beijing pada petang Jumaat.

Charles Xue

Charles, 60, adalah salah seorang mikroblogger yang terkenal dengan lebih 12 juta pengikutnya pada akaun laman sosial Sina Weibo, laman sosial mirip twitter di negara itu. 


Charles Xue mempunyai lebih 12 juta pengikut di laman
 sosial Weibo miliknya.

Walaupun pihak berkuasa tidak menyatakan tentang komen-komen Xue yang bersifat liberal di laman sosialnya terutama isu sosial dan ekonomi, Xue adalah merupakan salah seorang dari lima mikroblogger terkemuka ditahan sejak tiga hari lalu.

Peguam Xue tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan lanjut.

Ketua Eksekutif Sina Corp, Charles Chao yang menerajui Weibo, berkata dalam satu temubual dengan Financial Times minggu lepas, bahawa dia percaya kerajaan sedang berusaha untuk memastikan penggunaan internet oleh warganya lebih "terkawal" dengan mengenakan peraturan baru yang jelas tentang apa yang patut dan tak patut disebarkan di dalam talian (internet).

Translasi dilakukan sendiri oleh Kenit Cinonet dari Nukilan Kenit.

Blogger jutawan ini dikenali kerana komen dan ulasannya yang bersifat liberal, menyokong kempen untuk mendesak kerajaan mendedahkan perincian telus mengenai pencemaran yang berlaku di China, dan juga isu mengenai pemerdagangan kanak-kanak.

P/S: ada abalone disebalik mee?? konspirasi??


sumber : HERE

10 comments:

  1. ada udang di sebalik mee.sedap...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan, mee udang portweld....sodap tuuuuu! :D

      Delete
  2. jutawan lg tu..huhuhu
    sememangnya konspirasi
    abalone...teringat ngan drama cina..pernah dengar..rupa makanan x berapa nak kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha konspirasi abalone...i like that! :)

      Delete
  3. jauh perbezaan umur 2..ramai btol pngikutnya ye..ntah2 dithan reman je..lpas 2 terlepas...kalau diikotkn kempen yg dibuat baik..tp ntah la..ada abalone disebalik gigi la 2..hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinkah dia ditangkap sebab kelantangannya bersuara dalam menuntut keadilan mengenai isu yang diperjuangkan lalu pihak berkuasa menggunakan isu pelacur ini untuk......?

      Atau memang ada abalone yang terselit di celah gigi itu???hahaha :)

      Delete
  4. something fishy here..sy cam ada bau udang nih :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikkk kalu bau udang bukankah patutnya something prawny here? ekekeke :p

      Delete

Saya dah tulis...anda sambung di sini yek.