Breaking

Saturday, March 22, 2014

Hari Meteorologi Sedunia


Assalamualaikum!

Tahu tak esok hari apa? Tengok title pun dah tahu kan? Ni la kenit nak bagitau korang, esok merupakan hari sambutan Hari Meteorologi Sedunia. Tahu kan METEOROLOGI tu stands for what? Istilah dulu dipanggil KAJICUACA. Setiap tahun tanggal 23 Mac, sambutan Hari Meteorologi Sedunia disambut sempena memperingati penubuhan Pertubuhan Meteorologi Sedunia yang bermula pada tahun 1950. #pray4MH370

Tema WMO 2014

Tema Hari Meteorologi Sedunia tahun ini adalah, "Cuaca dan iklim: Melibatkan Belia". WMO (World Meteorological Organization) menggalakkan anak-anak muda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cuaca dan sistem iklim dan menyumbang kepada tindakan ke atas perubahan iklim. Golongan belia juga didedahkan kepada perubahan kemajuan dalam memahami dan membuat ramalan cuaca dan iklim. #pray4MH370

Pada tahun ini, Jabatan Meteorologi Malaysia juga turut tidak ketinggalan bersama rakyat Malaysia meraikan sambutan Hari Meteorologi Sedunia yang bakal diadakan di Pejabat Meteorologi Melaka. Sambutan tersebut yang akan berlangsung esok turut bakal menyaksikan perasmian Pejabat Meteorologi Melaka yang akan disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Sains Teknologi & Inovasi pada sebelah petangnya#pray4MH370




Terdapat pelbagai aktiviti menarik di sebelah paginya, antaranya :




Haaaa untuk kanak-kanak ada pertandingan mewarna, melukis, dan penyampai cuaca. Kakak pun nak menerai skill mewarna dia kat pertandingan mewarna tu nanti hehe. Kat sana juga, ada pertandingan penyampai cuaca, bolehla anak-anak kita try skill membaca berita cuaca macam kat dalam tv tu hehehe. #pray4MH370

So, pada korang yang berada di Melaka atau sekitarnya atau tak tahu nak bawa family pergi kemana esok, jom la meriahkan majlis sambutan Hari Meteorologi Sedunia esok di Pejabat Meteorologi Melaka! Sambil jalan-jalan di Melaka, bolehlah singgah kat sana. InsyaAllah kenit dan anak-anak akan berada di sana esokkkkkkkkkk! (^_^) #pray4MH370

Tak tahu alamatnya? No worries! 

Pejabat Meteorologi Melaka
Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
No. 6758-1 Off Jalan Chengal,
Taman Melaka, Batu Berendam 
75350 Melaka.


So, jangan lupa tau kalau korang berada di sekitar Melaka esok singgah la ke sana. Mana tahu, kita boleh berjumpa di sana (^_^).

#pray4MH370

4 comments:

  1. Wahh.. menarik. Baru tau ni. Thanks sharing kenit.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kenit. first time tahu. hehehe selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.