Breaking

Friday, October 31, 2014

Hampir Tertipu ..!


Assalamualaikum!


Malam tu aku ajak Pak Jelan dan anak-anak 'menerokai' pasar malam yang dah lama kami tinggalkan hehe. Weh! lama gak tak gi .... dekat 3 bulan dah rasa! Dah tu ... asyik sampai umah lambat je! Nak kejar solat maghrib lagi, budak-budak nak siapkan homework lagi, badan penat lagi ... akhirnya masak di rumah aje la huhu.




Oh sebelum kuar rumah ... ini dua orang anak dara dok sibuk-sibuk menacap muka masing-masing depan meja solek! Haih .... inilah pesen bila ada anak dara dalam umah. La ni orang nak cantik tak kira umur dah! 

Yang peliknya, aku ni takda pulak nak menacap bagai bila kuar umah. Gincu orang bagi tu pun, aku gigih simpan sebab kengkonon satu hari nanti hajat nak pakai la ... hahaha! Berjangggutttt ...!

Alih-alih anak-anak dara aku dah 'rembat' dulu. Kemain liplap bibir masing-masing. Ibu hanya mampu tengok dan pasrah ....!



Gambar genggoyang ... hehehe~


Masuk je pasar malam, mata dah melilau nak tengok macam-macam. Serious, memang rambang mata tengok barang-barang kat sini. Oh by the way, aku pergi pasar malam taman maluri, kat IKM tu. Situ memang macam-macam ada!




Tengah dok 'cuci mata' kiri kanan gerai, tetiba mata aku tertumpu pada satu gerai ni yang jual baju bundle! Aku bukan berkenan ngan bajunya, tapi ngan anak patung yang berlonggok ni! 1 plastik tu RM5 ...! Dalam plastik tu dok ada 4-5 anak patung pelbagai saiz dan dijual dengan harga RM5 ... or so I thought!

Ini bukan anak yang suka dah, tapi ibunya yang galak nak membeli! Walaupun 2nd-hand tapi elok bersih cantik dan comei anak-anak patung tu sume! Macam-macam jenis anak patung ada ... membuatkan aku rasa nak borong semua! hahaha. Takdela ..... :D

Pilih punya pilih, aku dah jumpa yang berkenan di hati! 2 anak teddy bear, satu panda sedang makan daun dan satu lagu winnie the pooh pegang belon ' I Love You'! How sweeetttt ! Ingat nak belikan tuk kakak adik, boleh dapat sorang satu. Yang lain tu banyak nau anak patungnya, budak-budak ni bukan nak main sangat pun .... paling tak pun mira tu bawak tido macam dia buat kat shasha tu ha hehehe.

Pastu aku kuarkan RM10 bagi kat bhai tu, dia cakap 'terima kasih' sambil angguk kepala. Aik? mana belen RM5 aku? kata tadi RM5?

Bhai, belen RM5 mana?

Ini RM10 .... sebab besar.

Grrrrrr! Pandai ko ye! Ko campur anak patung besar ngan kecik, ko tulis kat board 'RM5' pastu ko bijak sangat pi tulis RM10 kat plastik tapi pembeli tak nampak! Bila dah hulur duit baru ko bagitau benda tu RM10! Mangkuk ayun punyer bhai!

Aku terus cancel beli letak balik anak patung tu dan bhai tu bagi balik duit aku. Kalau ye pun ko nak jual anak patung tu RM10, jangan pi campur ngan yang RM5. Apa salahnya ko buat selonggok lagi dan tulis kat kad tu besar-besar 'RM10' .... ! Ni ko tulis kat plastik, pastu expect orang nak tengok harga kat plastik tu ke?? Grrrr ...!

Terus hilang nafsu aku nak beli anak patung. Anak-anak aku tarik keluar dari situ, pastu pujuk diaorg gi beli kasut pulak.




Hasil 'rembatan' kami dari pasar malam....








Kemain senyum kakak dan adik dapat selipar Frozen. Walaupun brand pasar malam takda hal, yang penting sedap pakai dan selamat tuk anak-anak. Pagi tadi adik siap ingatkan aku lagi ...

bu ... jangan lupa amik kasut adik masa ibu datang amik adik petang nanti tau!

baiklaaaaa ......~ <---- style Ana Frozen bercakap.


11 comments:

  1. ha ah kan? kot yer pun asingkan lah ni letakkan selonggok...

    ReplyDelete
  2. mjr akk xjd beli..sy pn geram klo jns menipu cmtu...pndi dorg ni..ish2

    ReplyDelete
  3. nak kelirukan pembeli macam2 carakan. tak patut tak patut

    ReplyDelete
  4. Pndai plak peniaga tu mgaburi mata pmbli..jgn mudah trtipu

    ReplyDelete
  5. apa jenis meniaga la kalau gitu..nampak sangat dia nak menipu je..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya selipar frozen tu...aunty pun teringin nak pakai jugak bole?

    ReplyDelete
  7. pndai menipu tu . tu blum tntu brang yg dia jual elok

    ReplyDelete
  8. Nasib anim tak bli ..kena ajar sikit org gtu biar dia rasa..nk tpu kita la konon..

    ReplyDelete
  9. Kalau anak akak nengok selipar frozen tu, harusss dia nak jugak :-)

    ReplyDelete
  10. Amboii... Dan lagi nk menipu tuh...

    ReplyDelete
  11. Nampak kan strategy biadap diorg...agak2 la nk menipu pun..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.