Breaking

Monday, December 08, 2014

Kami Di KL Kids Festival 2014!


Assalamualaikum!


Cuti sekolah ni memang banyak aktiviti dan program yang melibatkan kanak-kanak sedang berlangsung dengan rancaknya. Terbaru, aku bawa anak-anak ke KL Kids Festival di MARTRADE, Kuala Lumpur. First time datang sini, tak susah sebenarnya kalau ikut Waze ... tapi biasalah kalau first time tu selalunya memang kena sesat dulu baru jumpa tempat hahahaha.




Kami sampai dalam tengahari, masa ni pengunjung tak berapa ramai dan tempat tak berapa nak sesak jadi selesa gak la berjalan kat dalam tu. Actually, kami tak tau nak pi mana satu sebab rupa-rupanya dalam dewan/ruang legar tu dah penuh dengan budak-budak! huhu.



Kami pi sini dulu since tempat ni tak berapa sesak dan senang nak berjalan kat dalam tu. Ada apa kat dalam? jom terjah!




Haaaaaaa! ada rabbit rupanya ..! yang bestnye pengunjung dapat tengok dan pegang sendiri haiwan-haiwan kat sini. Rabbit ni paling banyak budak-budak pegang .... aku harap lepas festival ni 'diaorg' tak sakit perut sebab kena angkat, picit dan gomol! huhu.




Hahaha dalam banyak-banyak haiwan, anak ayam jugak yang kakak dan adik berani pegang sebab kat kampung dah biasa pegang anak ayam Wan haha. Kesian anak-anak ayam tu ... takut gamaknya tengok orang kerumun ... duduk dekat-dekat je antara satu sama lain.




Ahaaa! ini jarak paling dekat antara aku dan 'brader' ni hahaha! Adeh ... takut gak masa aku na hala henpon ke muka 'brader' ni tapi dia buat dekkkkk je posing selama gitu ....! hahaha. Posing seksi khas untuk pengunjung di situ kot :p

Aku try gak pegang 'brader' ni ... dia tak marah tapi badan dia kesat baq ang! haha.




'Minah' landak ni asyik tidoooo je. Budak-budak takut nak pegang sebab badan berduri dia. Tu pasal dia berani bantai tido hahaha. Hey wake up wake up!





Kakak berani jugak pegang hamster. Cute hamster-hamster ni ... walaupun takut-takut tapi boleh la. Jinak plak tu ... kalau letak atas tangan dia tak lari.




Ha tudiaa duta hamster hahaha! Abaikan jerawat tu .. tu jerawat tanda bahagia haha. Kan aku dah kata, hamster ni comel dan jinak. Tak perlu pegang kuat badan dia .. letak atas tangan dia duk diammm je.




Aku tak pasti plak apa nama haiwan ni haha. Nak pegang boleh ...tapi aku tak pegang la. Badan dia cam berkilat ... geli je kalau letak atas tapak tangan hehehe.




Scorpion ... tak koser aku nak pegang!




Anugerah haiwan paling comel kat situ jatuh kepada ..... kambing hitam! haha. Ni baru betul nyanyi lagu 'Ba-ba black sheep' kan hehe. Jinakkkkkk giler! Adik berani pegang anak kambing ni ... diusapnya kambing tu. Bulu anak kambing ni macam karpet tau .... sedap pegang! hehe





Actually, ada banyak aktiviti macam wall climbing dan mewarna. Kakak nak wall climbing tapi budak-budak beratur ... mak aiii tak sanggup la aku nak menunggu panjang barisan! Ada gak terjumpa ngan kumpulan GoGoGo , ingatkan nak bawa kakak dan adik bergambar bersama tapi panjangnya orang beratur ... mak aiiii sekali lagi aku give up!

Mewarna pulak kakak dan adik tak mo ... so kitaorg tengok show Pororo


                             



Yang di depan dah terlalu ramai, kami dapat tengok dari belakang je. Kakak pun ayah dukungkan sebab nak tengok Pororo atas pentas. Lepas dukung kakak giliran adik pulak ... ibu nak dukung tak larat dah la huhu.

Kalau tak sayang ayah lagi tak tau la .... hehe.




Paling kakak teruja nak buat ialah aktiviti ni! Wishlist seterusnya .... scooter! Cukup kakak suka naik benda ni. Dah banyak kali kakak minta ibu belikan scooter ... bila dapat peluang main kat sini memang dia tak lepaskan! Adik pun teruja nak mencuba .... dia dok tengok kakak suka naik scooter dia pun sama nak naik hehe.




Beratur sebelum masuk. Sekali main 3 minit ... boleh pilih nak naik basikal ke scooter ke. Kakak memang dah aim scooter hehe.




Yang membuatkan adik stress kejap .... topi dia boleh tertanggal masa syok berscooter hehe. Dah la nak 'mengayuh' scooter tu cam susah je aku tengok haha. Kakak dah nak masuk 2 round dah, adik dok mengengsot nak perabih satu round huhu.




Laju bebenor anak dara aku yang sulung ni hehe. Habis dia tinggalkan adik di kat belakang.





Overall, suasana kat sini ok tapi bila orang dah ramai ... tempat tu akan jadi sempit dan susah nak berjalan masuk dari satu booth ke booth lain. Pastu pilihan makanan pun tak banyak, tapi mujur jugaklah aku standbykan roti vanilla dalam beg hehe.

Harap tahun-tahun depan penganjuran KL Kids Festival ni dapat diperbaiki kelemahannya dan jadi mesra ibubapa dan kanak-kanak. 


4 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.