Breaking

Tuesday, January 27, 2015

Peluklah Isterimu


Assalamualaikum!


Amboi amboiii tajuk kontroversi sangat ni! haha. Ini bukan nak citer kisah peribadi i minta dipeluk suami ye. Tak baik citer begitu ... tak sesuaiiiiii! Sekali sekala kita 'tukar angin' la citer pasal hubungan suami isteri kan hehe.

Dalam family, pelukan adalah sesuatu yang perlu ada dan wajib dibuat. Siapa yang paling kerap korang peluk? anak? ibu? ayah? suami? isteri? 

Pelukan adalah satu cara kita menzahirkan rasa kasih dan sayang pada orang yang kita peluk tu. Kalau yang suami isteri masih belum ada anak, maka pasangan kitalah orang yang kita kena peluk setiap hari. Kalau ada anak-anak, peluklah anak-anak, suami dan isteri sekali.

Peluk ada macam- macam jenis cara. Ada suka peluk pasangan dari belakang. Ada suka peluk anak bila anak berlari ke arah dia. Macam-macam cara ....


gambar hiasan
Dari apa yang aku baca di SINI, ada 5 jenis pelukan siap dengan maknanya sekali! Wow .... aku tak tau pulak lain peluk lain maknanye hehe. 


1. Merangkul Seluruh Tubuh Anda
Biasanya pelukan ini terjadi ketika ada ketegangan ataupun masalah pada anda berdua. Pelukan ini bermakna untuk menenangkan anda. Pelukan ini juga bererti pasangan anda ingin meminta maaf.

2. Memeluk Sambil Meletakan Kepalanya Di Bahu Anda
Pelukan ini dilakukan suami ketika memerlukan anda. Ada beberapa perkara ini menyebabkan pelukan ini terjadi seperti rindu, penat dan sebagainya. Jika suami anda meninggalkan ciuman dibahu anda, ia bermakna dia tidak mahu kehilangan anda.

3. Merangkul Dari Belakang
Pelukan dari belakang menandakan adanya rasa bahagia, rasa ingin melindungi, rasa cinta dan kemesraan.

4. Merangkul Dari Tepi
Pelukan ini sangat friendly, dilakukan atas sebab support atau sokongan yang tidak keterlaluan kemesraannya.

5. Memeluk Dari Pinggang
Pelukan ini menunjukan perpaduan antara cinta dan ghairah. Boleh jadi suami ingin melakukan hubungan intim dengan anda. Boleh jadi juga ianya satu foreplay. Pelukan ini juga boleh menjadi pelukan harian yang mampu memberikan anda semangat kepada anda.

Yang mana satu korang? Tak perlu jawab di sini ... jawab dalam hati sudah hehe. Aku? Ishh mana leh gitau .... shhhhh. 

So mulakan hari ni untuk memeluk pasangan korang. Kalau dia tetiba cakap kita buang tebiat nak peluk dia ke, ignorekan aje dan teruskan peluk dia hehe. Memang begitulah penerimaannya masa mula-mula kan sebab kita tak biasa peluk dia sebelum ni. Tak kisah sapa peluk sapa dulu ... jangan ego! Masing-masing kena rebut peluang nak dapat pahala dan rahmat dari Allah, jadi jangan kedekut kederat!

Tak biasa dipeluk? atau tak selesa dipeluk pasangan? Ish ... janganlah begitu. Kalau gitulah kekdahnya korang ada masalah dalam hubungan emosi dengan pasangan. Kena start belajar peluk pasangan  dan peluk tak semestinya berakhir dengan hubungan kelamin. Jadi jangan takut nak peluk pasangan korang. Bukan orang lain pun kan :)


18 comments:

  1. Erkkk~
    alamak.
    entry untuk yang dah kahwin. =P
    sy tak kahwin lagi. Kbai
    Larikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak kahwin lagi pun takpa boleh baca ... nanti amalkan sesudah kahwin ye :)

      Delete
  2. Baru tau ade maksud jenis peluk2 ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita sis hehe .... ada makna di sebalik pelukan tu :)

      Delete
  3. Akak xde laki...sapa nak peluk akak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa ni peluk anak dulu kak hehe :D

      Delete
  4. OO.....(sambil jawab dalam hati...)

    heheh

    ReplyDelete
  5. aummmmmm nak kena save ni bagi mr d baca hahahhahahah....

    ReplyDelete
  6. Perut pon ada maksud kan.heheheh seronok nau kene peluk cmgini hehehe

    ReplyDelete
  7. Hehehe peluk jgn tak peluk ..Peluk erat2 tau ...

    ReplyDelete
  8. mari kita selalu peluk pasangan :) dpt pahala tau!!!
    nice sharing...

    ReplyDelete
  9. Hehe... Mampu tersenyum je baca entry ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.