Breaking

Thursday, October 08, 2015

Bolehkah Kita Tentukan Bahan Bacaan Anak-anak?


Assalamualaikum!


Takda selera makan ... bermula semalam. Tak pernah jadi begini. Biasa kalau nampak gulai kambing, aku pasti akan teruja! Tapi, semalam dalam sejarah, buat pertama kalinya ... aku makan tak habis! 

Assudohhh ....!

Hari ni pun sama,  bawa bekal nasi goreng tapi sepi begitu je la kat tepi beg. Apasal pulak dah ni? Mana gi 'jin' yang orang dok selalu kata aku ada membela tu? Dah kenyang bebenor ke jin aku tu hehehe ....

Ya Allah ... kembalikanlah selera makanku yang dulu. Walaupun aku tahu badan takkan jadi sekembang yang orang harapkan tapi kembalikanlah .... huhu ...

Anyway, kembali kepada tajuk asal ... cerita pasal anak-anak la ni. Kakak kan suka membaca. Dari hari tuuuu lagi dia dok teriak nak pergi Perpustakaan Negara. Time tu pulak memang jerebu teruk kat luar ... kesian dia.

So, aku tak boleh lah nak diam buat tak tahu je. Dah anak suka membaca, setakat bagi sokongan saje tak membantu kalau takda bahan bacaan untuk dia. Anak dah suka membaca buku tu pun dah seribu rahmat bagi aku ... berbanding aku dulu .... hurmmm harapkan komik Dragon Ball ngan Doraemon tu je la hahaha :p

So, satu hari aku buka emel jabatan dan terbaca perpustakaan sini ada pinjam buku baru dari Perpustakaan Negara. Wow! menarik ni .... aku boleh pinjam untuk kakak dan adik kot ha? Adik tu dia suka ikut apa kakak dia buat. Kalau kakak dia mengadap buku, insyaAllah dia akan ikut sama ...hehe.

So, dengan gigihnya aku menaiki lif ke tingkat atas. Perghh .. berkurun lama aku tak masuk perpustakaan jabatan ni hehehe. Kalau tak kerana memikirkan anak-anak suka membaca, mungkin kaki yang panjang ni tak sampai-sampai lagi hehehe :D



Belek punya belek, akhirnya aku jumpa apa yang kakak dan adik nak! Bukan boleh pinjam semberono gitu je .. kena tengok apa jenis bahan bacaaan yang diaorang suka. Salah pinjam, memang tak berusik la buku tu ...huhu ...

Kakak suka baca jenis cerita yang panjang sikit, tapi bukan novel. Dia suka komik! Ada dialog, ada gambar, ada intonasi dan penceritaan yang menarik .. itu dia berkenan la. Adik lebih kepada buku yang cantik hehe. Kulit buku kena cantik, gambar dalam mesti menarik, pastu ayat sikit .. takmo banyak-banyak! hahaha. Apa pesen budak kecik ni ye? .... takpela, janji dia mau gak membaca huhu ....




Dua buah untuk kakak dan sebuah untuk adik. Tentu boleh agak kan adik punya buku yang mana? hehe. Apala agaknya nasib anak rusa nani tu ... huhu. Tak sia-sia ibu pinjam, anak-anak ibu suka rupanya buku-buku ni! Memang kakak suka baca komik, tapi komik yang macam mana aku boleh bagi dia baca? Aku takmo dia baca komik macam aku dulu ... hanya sekadar hiburan. Aku nak komik yang boleh beri dia benda positif ... tapi dalam masa yang sama dia seronok baca! Haaaa .....

Alhamdulillah Misi 10A Finale tu memang terbaik! Sebelum kakak baca, ibu dah habis baca sambil tunggu bas hari tu hehehe. Memang menghiburkan dan memberi mesej yang positif kepada kanak-kanak dan remaja. Bila dah habis, kakak minta aku pinjamkan lagi ... kali nak Misi 8A katanya hehe.



100% berwarna!

50 Kisah Sebelum Anak Tidur tu pun best! Ada kisah-kisah zaman sahabat Nabi, dengan gambar yang menarik. Kakak bercerita ... ibu duduk sebelah dengar. Kalau tak tahu, dia akan tanya soalan tentang benda yang dia tak faham. Itulah kakak ... hehe

Adik? Syukur banyak dia suka buku tu Nasib Anak Rusa Nani tu! hehe. Dengan Mira kena hati-hati sikit ... pantang betul kalau dia nampak perkataan lebih banyak dari gambar! haha. So, aku pilihkan dia buku cerita ringkas ni. Ada gambar dan ceritanya menarik. Boleh test bacaan dia lagik! Pastu, baru dia konfiden nak bercerita depan kita.


So, bolehke kita tentukan bahan bacaan untuk anak-anak? Boleh ... asalkan kita tahu kesukaan mereka. Kena pastikan juga apa yang ada dalam buku tu kan. Yang penting, kena galakkan diaorang membaca selalu.

Tak sabar ibu nak pinjam buku lagi ... hehe :D


2 comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.